Terbuka Rakyat Malaysia – Permohonan Rumah Rakyat PR1MA

Untuk berpeluang menjadi pemilik kediaman PR1MA, sila ikuti langkah-langkah permohonan di bawah.

1. Cara Mendaftar.

  • Buka akaun dan tetapkan kata laluan
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Hantar borang pendaftaran yang telah dilengkapkan untuk mendapatkan nombor rujukan PR1MA
  • Terima e-mel pengesahan pendaftaran
  • PR1MA akan memaklumkan anda melalui e-mel apabila terdapat kediaman PR1MA yang dibuka di lokasi pilihan anda.

 

2. Cara Memohon.

  • PR1MA akan memaklumkan anda melalui e-mel apabila terdapat kediaman PR1MA yang dibuka di lokasi pilihan anda.
  • Log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda
  • Klik “Projek dibuka untuk permohonan” untuk mendapatkan maklumat lanjut
  • Hantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan
  • Terima e-mel pengesahan permohonan

 

3. Pengundian.

  • Keputusan cabutan undi akan diumumkan di www.pr1ma.my
  • Pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda.
  • Setelah selesai proses pengesahan, pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda

 

4. Pembiayaan / Pinjaman.

PEMBIAYAAN

Pilih pakej pembiayaan yang paling sesuai untuk anda melalui panel bank PR1MA.

  • Institusi-institusi yang terlibat
  • Pakej termasuk pembiayaan sehingga 110% dari harga Perjanjian Jual Beli (SPA) kepada bakal pembeli yang layak.
  • Tiada bayaran pendahuluan diperlukan jika pembeli berjaya mendapatkan pinjaman maksimum.

MENDAPATKAN PINJAMAN PERUMAHAN

  • Pembayaran faedah dikenakan ketika dalam pembinaan dan bayaran ansuran bermula hanya apabila kediaman telah siap dibina.

*Terma dan syarat akhir tertakluk kepada kelulusan bank..

MORATORIUM

Moratorium merupakan tempoh yang mana tiada sebarang aktiviti pindahan pemilikan seperti penjualan, pelupusan, perjanjian dengan mana-mana pihak dilakukan sehingga tamat tempoh moratorium. Dalam konteks ini, tempoh moratorium dikenakan selama 10 tahun dari tarikh Perjanjian Jual Beli.

SKIM RENT-TO-OWN

Program pembiayaan Rent-To-Own (RTO) merupakan salah satu kemudahan pembiayaan mesra pembeli yang disediakan untuk memberi peluang kepada lebih ramai rakyat berpendapatan pertengahan yang berkelayakan untuk memiliki rumah PR1MA. Walau bagaimanapun, skim ini hanya terbuka kepada bakal pembeli yang telah membuat permohonan pinjaman perumahan dari bank panel PR1MA dan bank komersial yang lain, tetapi permohonan mereka ditolak.

Kelayakan untuk pembiayaan RTO ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan. Setiap permohonan pembiayaan RTO ini akan dikaji oleh sebuah jawatankuasa khas dan kelulusan untuk pembiayaan RTO ini adalah tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan pihak PR1MA.

Sehubungan dengan itu, pemohon kediaman PR1MA yang telah memilih unit kediaman mereka dikehendaki terlebih dahulu memohon pembiayaan pinjaman perumahan melalui bank panel PR1MA, bank komersial pilihan ataupun melalui pinjaman perumahan kakitangan kerajaan untuk mengelakkan sebarang kelewatan dalam proses pemilikan kediaman.

Permohonan program pembiayaan Rent-To-Own (RTO) untuk kediaman PR1MA masih belum dibuka buat masa ini dan akan dimaklumkan kelak.

CARE BY PR1MA

Kami benar-benar prihatin terhadap kesejahteraan setiap pemilik kediaman PR1MA. Nikmati perlindungan insurans kediaman yang lebih baik melalui CARE BY PR1MA.

Penyewa PR1MA di bawah skim RTO

Sekiranya berlaku kejadian yang tidak dijangka sehingga mengakibatkan kematian atau hilang keupayaan kekal, penyewa boleh terus menetap di kediaman PR1MA tanpa bayaran sewa sehingga tempoh setahun.

PR1MA turut menyediakan khidmat pembiayaan kos pengebumian bagi penyewa RTO dan untuk pemilik beragama Islam, ini juga termasuk kos menunaikan Haji Badaal.

Pemilik Kediaman PR1MA/Pendaftar

Pemilik kediaman PR1MA akan menikmati kadar premium insurans lebih rendah sebanyak 10-15%.

MRTT/MRTA juga menyediakan perlindungan tambahan untuk kemalangan peribadi dan kos pengebumian. Insurans kebakaran dan Takaful Motor juga boleh diperoleh pada kadar yang menarik. Bagi produk-produk insurans kenderaan, anda layak menerima kad keistimewaan PR1MA Care yang menawarkan pulangan tahunan.

Skim Pembiayaan Akhir PR1MA

Ciri-ciri utama skim ini merangkumi pembayaran berperingkat, akses kepada Akaun 2 KWSP bagi tujuan perumahan dan pengecualian duti setem bagi Perjanjian Jual Beli (SPA) dan Perjanjian Pembiayaan (Loan Agreement).

(Visited 226 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*