Rumah PR1MA – Terbuka Rakyat Malaysia, Cara Memohon Rumah PR1MA.

Rumah PR1MA yang disiapkan oleh PR1MA Corporation Malaysia atau lebih dikenali sebagai PR1MA telah dibangunkan dibawah akta PR1MA 2012 dengan tujuan untuk membangunkan, membina dan mengekalkan rumah yang mampu milik bagi golongan pertengahan. Golongan pertengahan ini di klasifikasikan kepada pendapatan isi rumah (Suami Dan Isteri) diantara RM 2,500 ke RM 10,000.

Kerajaan Malaysia sedar tentang kekangan kewangan yang di hadapi oleh golongan pertengahan di sebabkan pembangunan Malaysia yang pesat. Oleh yang demikian visi Kerajaan Malaysia adalan untuk membantu rakyat mengurangkan jurang perbezaan bagi yang berada di kawasan luar bandar serta pinggir bandar. Rumah PR1MA adalah antara inisiatif yang di sediakan oleh kerajaan untuk membantu golongan-golongan tersebut. Rumah PR1MA akan menjadi rancangan pertama dan esklusifnya di sediakan untuk golongan pertengahan bagi mendapatkan rumah mampu milik di antara RM100,000 ker RM 400,000.

pr1ma-houses

Sila ikuti langkah-langkah permohonan Rumah PR1MA di Bawah

  1. Cara Mendaftar.
    • Buka Halaman Rumah PR1MA daftar akaun dan tetapkan kata laluan
    • Masukkan Maklumat diborang pendaftaran
    • Hantar borang pendaftaran yang telah dilengkapkan untuk mendapatkan nombor rujukan Rumah PR1MA
    • Terima e-mel pengesahan pendaftaran
    • PR1MA akan memaklumkan anda melalui e-mel apabila terdapat Rumah PR1MA yang dibuka di lokasi pilihan anda.

     

    2. Cara Memohon Rumah PR1MA.

    • PR1MA akan memaklumkan anda melalui e-mel apabila terdapat Rumah PR1MA yang dibuka di lokasi pilihan anda.
    • Log masuk Halaman PR1MA menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda
    • Klik “Projek dibuka untuk permohonan” untuk mendapatkan maklumat lanjut
    • Hantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan
    • Terima e-mel pengesahan permohonan

     

    rumah-pr1ma

 

(Visited 416 times, 2 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*