Pinjaman Perumahan Maybank Islamic

Adakah Pinjaman Perumahan Maybank Islamic sesuai untuk saya?

Maybank Islamic menawarkan variasi pakej komprehensif pembiayaan rumah Islamik yang mematuhi Shariah dengan pilihan kadar tetap atau berubah-ubah, serta dengan atau tanpa tempoh lock-in.

Antara pakej terbaik adalah Commodity Murabahah Home Financing-i dan MaxiHome-i yang tidak mempunyai tempoh lock-in dan penalti penyelesaian awal. Pakej Commodity Murabahah Home Financing-i menawarkan pinjaman perumahan Islamik dengan kadar berubah-ubah dengan kadar siling untuk melindungi pelanggan dari perubahan BFR (Base Financing Rate).

Produk lain Maybank Islamic mempunyai tempoh lock-in selama 3 tahun dengan yuran atau penalti penyelesaian awal sebanyak 2% sekiranya anda mahu menjual atau melakukan refinancing di dalam tempoh ini.

Maybank Islamic juga menawarkan diskaun ke atas duti setem untuk pakej pinjaman Islamik seperti kebanyakan bank berkonsep Islamik. Diskaun sebanyak 20% diberikan utnuk pinjaman baru manakala pengecualian penuh duti setem diberikan untuk pinjaman konvensional yang dibiaya semula.

Margin pembiayaan yang ditawarkan Maybank Islamic boleh mencecah sehingga 100% (dengan premium Takaful) bergantung kepada jenis pakej pinjaman.

Pakej Pinjaman Perumahan Maybank Islamic

Maybank Islamic menawarkan empat pakej pinjaman perumahan yang mematuhi Shariah. Ciri utama pakej Commodity Murabahah Home Financing-i, HomeEquity-i, Home Financing-i and MaxiHome-i dirumuskan di bawah.

Produck Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
Commodity Murabahah Home Financing-i
  • Pakej pembiayaan rumah Islamik dengan kadar berubah-ubah
  • Diskaun 20% ke atas duti setem untuk akaun baru
  • Margin pembiayaan sehingga 100% (dengan premium Takaful)
Ya, Semi-Flexi
HomeEquity-i
  • Diskaun 20% ke atas duti setem untuk akaun baru
  • Kelayakan pembiayaan sehingga 70% dari nilai gaji
  • Untuk hartanah yang telah siap dan pembelian tanah untuk pembinaan rumah
Ya, Semi-Flexi
Home Financing-i
  • Pakej pembiayaan rumah Islamik dengan pilihan kadar tetap atau berperingkat
  • Kelayakan pembiayaan sehingga 70% dari nilai gaji
  • Tiada caj penyelesaian awal atau penalti tempoh lock-in
Ya, Semi-Flexi
MaxiHome-i
  • Pakej pembiayaan rumah Islamik dengan pilihan Zero Entry Cost
  • Rebat diberikan untuk penyelesaian awal
  • Pengurangan pembayaran faedah dan pemendekan tempoh pinjaman melalui pendepositan lebih
Ya, Semi-Flexi

Maklumat Terperinci Pakej Pinjaman Perumahan Flexi Maybank

Pakej pinjaman perumahan Flexi membenarkan peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara lebih setiap bulan supaya dapat merendahkan caj faedah bulanan mereka. Pakej ini didatangkan bersama syarat-syarat serta yuran yang perlu dipertimbangkan selain dari manfaatnya tersendiri.

Commodity Murabahah Home Financing-i HomeEquity-i Home Financing-i MaxiHome-i
Jenis Flexi Semi-Flexi Semi-Flexi Semi-Flexi Semi-Flexi
Adakah Akaun Bank bersambung diperlukan? Tidak Tidak Tidak Tidak
Yuran Penyelenggaraan Akaun Tiada Tiada Tiada Tiada
Yuran Pengeluaran RM25 RM25 RM25 RM25

Adakah saya layak untuk memohon pinjaman perumahan Maybank Islamic?

Semua individu, pemohon bersama, pemastautin dan warga asing boleh memohon pinjaman perumahan Maybank Islamic. Walaubagaimanapun, bagi warga asing, syarat-syaratnya adalah berlainan dari pemastautin tetap.

Apakah Dokumen Yang Perlu Saya Sediakan?

Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan Maybank Islamic, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

  • Borang Permohonan
  • Kad Pengenalan
  • Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
  • Salinan Individual Title Deed
  • Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
  • Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
  • Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
  • Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
  • Borang EA terkini
  • Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
  • Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan

Menarik! Apakah Langkah Seterusnya?

Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan Maybank Islamic untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma.

Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari Maybank Islamic adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

Adakah Mudah Bagi Saya Untuk Membayar Balik Pinjaman Perumahan Maybank Islamic?

Maybank mempunyai rangkaian cawangan terbesar di Malaysia, maka pembayaran balik adalah sesuatu yang mudah. Kaedah pembayaran lain juga disediakan.

Pemindahan Secara Online
Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Maybank Islamic anda untuk melakukan pembayaran secara online.
MEPS
Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.
Interbank GIRO
Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.
Fasiliti Standing Instruction
Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.
Mesin ATM Maybank Islamic
Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Maybank Islamic anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan Maybank Islamic.
Mesin Express Payment
Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan Maybank Islamic.
Pembayaran Melalui Pos
Poskan kepada Maybank Islamic cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.
Perbankan Telefon
Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.
Jika anda sedang mencari gadai janji yang lain, anda juga boleh mempertimbangkan
Pinjaman Perumahan RHB

 

RHB menawarkan pinjaman rumah dengan kadar asas (Base Rate) 4.00%. Pilihan untuk pakej pinjaman fleksi disediakan dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tempoh berkunci untuk pinjaman rumah ini adalah 3 tahun.
Pinjaman Perumahan Bank Muamalat

 

Kadar asas (Base Rate) pinjaman perumahan daripada Bank Muamalat adalah 3.90%. Pilihan untuk pakej pinjaman fleksi tidak disediakan dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Untuk pinjaman perumahan ini, terdapat tempoh berkunci selama 5 tahun.
Pinjaman Perumahan Public Bank

 

Di Public Bank, kadar asas (Base Rate) gadai janji adalah 3.65%. Ia datang dengan pilihan pakej pinjaman fleksi dan margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Terdapat tempoh berkunci selama 3 tahun untuk gadai janji ini.
(Visited 138 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*